top of page

ABIM, MBM serah memo bantahan ke Kedutaan AS

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 20, 2023
  • 1 min read


Majlis Belia Malaysia (MBM) serta badan gabungan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PKPIM dan badan-badan lain telah menganjurkan Himpunan Solidariti Untuk Palestin petang tadi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Demonstran membawa bendera Palestin tanda solidariti

Himpunan tersebut telah menyemarakkan sokongan rakyat Malaysia ke atas penduduk Palestin yang menghadapi pembunuhan beramai ramai oleh rejim Israel melalui serangan udara besar besaran masuk minggu kedua.


Selain berhimpun, NGO MBM juga menyerahkan memorandum ke kedutaan Amerika Syarikat membantah sokongan kuat negara itu terhadap keganasan rejim Zionis.


Dalam tunjuk perasaan yang diadakan selepas solat Jumaat berakhir kira kira jam 4.00 petang tadi, para hadirin merentangkan bendera Palestin gergasi sebagai bukti solidariti kukuh mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum serta agama.


Perhimpunan tersebut diketuai oleh Setiausaha Agung MBM, Hasnul Hanif Harun serta Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim.


Beberapa pemimpin politik dari parti Amanah juga turut hadir dalam himpunan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page