top of page

ABIM kecam pelawak jadikan tragedi MH370 bahan jenaka



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam persembahan komediri (stand-up comedy) seorang pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekehkan Malaysia dalam persembahan bertajuk 'Singapore vs Malaysia' yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.


Menurut Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim, klip video yang dimuat naik menerusi akaun di saluran media sosial Tik Tok itu juga secara biadap telah mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370 hampir sedekad lalu.


"Atas sebab itu, ABIM mengecam tindakan melampaui batas pelawak berkenaan yang turut memperlekeh maruah Malaysia secara terang-terangan.


"Hal ini kerana semasa komediri tersebut membuat persembahan beliau turut menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenaka. Akibatnya ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai.


"ABIM menegaskan tragedi serta kemalangan jiwa tidak boleh dijadikan bahan jenaka. Sensitiviti dalam perkara-perkara sedemikian sudah diketahui umum. Jadi jenaka dalam bentuk demikian perlu dielakkan oleh mana-mana pelawak," katanya.


Tegas Zairudin lagi, setiap insan tanpa mengira agama, warna kulit mahupun kewarganegaraan sewajarnya mempunyai sifat empati serta sensitiviti sebagai tanda hormat-menghormati di antara satu sama lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page