top of page

ABIM Johor mahu 'Gang Bang JB Party' dibatalkan serta merta



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor membantah keras dan mahu penganjuran “Gang Bang JB Party” yang dijadual pada 20 Jun 2023 ini dibatalkan serta merta.


Menurut Yang Dipertua ABIM Negeri Johor, Ustaz Farhan Ashari (gambar, kanan), acara berunsur maksiat yang akan diadakan di sekitar Bandaraya Johor Bahru pada jam 4 petang hingga 9 malam tersebut dan diuar uar di media sosial masih kurang jelas sama ada akan diteruskan biar pun telah mendapat tegahan keras polis Johor.


Katanya, Penganjuran Gang Bang JB Party jelas memberi imej buruk kepada Kerajaan Negeri Johor yang sentiasa memartabatkan agama Islam.


Tegas beliau, Termaktub dalam Fasal 57, Undang- undang Tubuh Kerajaan Johor bahawa “Adalah yang dikatakan ‘Agama Negeri’ bagi jajahan dan Kerajaan Johor ini iaitu Agama Islam” yang sewajarnya dipertahankan dan dijauhkan negeri daripada unsur unsur maksiat.


"ABIM Johor menyambut baik seruan pihak Kerajaan Johor melalui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Tuan Mohd Fared Mohd Khalid yang membantah sebarang penganjuran aktiviti tidak bermoral di Negeri Johor Darul Takzim ini.


"Sebagaimana pada Disember 2022, Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah berjaya menghalang penganjuran pesta buih yang diadakan secara tertutup di salah sebuah hotel mewah di Bandaraya Johor Bahru," kata Farhan dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, katanya, ABIM Johor menggesa pihak berkuasa tempatan supaya memantau pihak penganjur dan membatalkan serta merta penganjuran Gang Bang JB Party sekiranya terdapat pihak yang mencabar undang undang agar seluruh rakyat Bangsa Johor terhindar daripada aktiviti tidak bermoral.


"ABIM Johor juga merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Polis Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang telah melakukan siasatan dan menghalang program tidak bermoral tersebut daripada dilaksanakan," katanya lagi.


Baru baru ini tular di twitter jemputan atau poster program parti liar tersebut.


Difahamkan berdasarkan iklannya, program tersebut adalah terbuka kepada semua kaum dan tidak membenarkan sebarang rakaman video atau gambar. Maklumat yang telah ditularkan juga mengajak orang ramai yang mahu menyertainya supaya membawa kondom dan tuala sendiri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page