top of page

ABIM hantar memorandum kecam keganasan Israel di Palestin



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam keras keganasan tentera rejim Zionis Israel di Jenin, Palestin.


Sehubungan itu, ABIM semalam menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi menyatakan kekesalan di atas tindakan kejam sekutu yang dilindungi AS itu.


Memorandum tersebut diserahkan oleh Naib Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin (gambar, kanan sekali) bersama beberapa pimpinan ABIM yang lain.


"ABIM mengecam sekeras-kerasnya serangan udara dan darat yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel, sehingga membunuh sekurang-kurangnya 11 orang Palestin di Jenin dan seorang di Ramallah, dalam operasi ketenteraan terbesar di Jenin, sejak 20 tahun yang lalu," kata Fahmi sebaik selesai menyerahkan memorandum berkenaan.


Media antarabangsa melaporkan kira-kira 3,000 orang pelarian terpaksa menyelamatkan diri daripada Kem Pelarian Jenin akibat serangan yang zalim tersebut.


Oleh itu, ABIM menggesa masyarakat antarabangsa untuk tidak memejamkan mata terhadap kekejaman berkenaan.


Pergerakan itu juga menyeru semua umat Islam menggerakkan solat hajat secara serentak seluruh negara selepas solat Jumaat esok, dan mendoakan kesejahteraan umat Palestin yang terus menerus ditindas.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page