top of page

80% pembahagian kerusi PH - BN Selangor selesai hujung April



Proses pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor dijangka dapat diselesaikan antara 80 hingga 90 peratus menjelang akhir bulan ini, kata Datuk Seri Amirudin Shari.


Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata perbincangan mengenai agihan kerusi itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi sedang berjalan, namun pihaknya masih memerlukan masa bagi melaporkan dan membentangkannya kepada PH Pusat untuk membuat keputusan.


"Perbincangan bagi pembahagian kerusi ini memang akan berterusan sehingga ke hari penamaan calon, tetapi kita ada tetapkan tempoh untuk pastikan 80 hingga 90 peratus diselesaikan menjelang akhir April.

"Mudah-mudahan akan tercapai, tapi kalau tak capai pun kita akan teruskan perbincangan kerana yang pentingnya adalah strategi kita (untuk menghadapi PRN)," katanya.


Komposisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berdasarkan situasi semasa adalah PH menguasai 40 kerusi manakala BN mempunyai lima kerusi.


Di pihak pembangkang Perikatan Nasional pula mempunyai 5 kerusi, Parti Bangsa Malaysia dan Pejuang masing-masing dua kerusi, manakala Warisan dan Bebas masing-masing satu kerusi.


Pada Mac lalu, Amirudin memaklumkan, BN kini sebagai sebahagian daripada kerajaan Selangor, ia susulan perkembangan politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page