top of page

72% penduduk Selangor menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin


Sebanyak 3.44 juta atau 72.3% warga Selangor telah menerima dos pertama vaksin Covid 19.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari juga menyatakan sebanyak 1.67 juta atau 35.1% penduduk Selangor lengkap menerima dua dos vaksin.


"Sebanyak 5.1 juta dos vaksin disuntik menerusi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).


"Daripada jumlah itu sebanyak 3.44 juta atau 72.3 peratus penduduk sudah menerima dos pertama pelalian.


"Manakala sebanyak 238,316 dos disuntik melalui program Vaksin Selangor (Selvax).


"Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Negeri kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri," katanya dalam catitan di Facebook.


Tambahnya, Selvax Komuniti pula telah memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.


Selangor sedang giat untuk mencapai 80% vaksinasi. Seandainya jumlah tersebut dicapai maka jangkitan Covid 19 diharapkan menurun secara drastik ketika warga telah mendapat imuniti berkelompok.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page