top of page

70 peratus kemasukan MRSM tahun depan pelajar aliran STEM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 15
  • 1 min read

ree

Kuota baharu kemasukan pelajar ke aktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sekolah berasrama penuh (SBP) Tingkatan Empat mulai tahun depan akan diutamakan kepada aliran pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).


Hal itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Majlis Peluncuran Wakaf MARA sempena sambutan Hari MARA ke-59 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, pagi tadi.


"Mulai tahun depan, MRSM, sekolah berasrama penuh, 70 peratus (kemasukan) mesti daripada aliran STEM," katanya.


Menurut PM, keputusan itu terpaksa dibuat memandangkan minat pelajar khususnya pelajar Melayu terhadap STEM semakin menurun dan tidak mendukung dasar baharu negara yang memfokus ilmu teknologi baharu berasaskan STEM.


Katanya, kerajaan akan bertegas dengan dasar tersebut biarpun menjangkakan akan menghadapi bantahan daripada kalangan ibu bapa dan sebagainya.


Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page