top of page

70,000 topi keledar percuma diagih: Utamakan keselamatan - PM

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
8 hours ago
1 min read
DS Anwar mengagihkan topi keledar kepada anak muda dalam program tingkatkan keselamatan jalan raya
DS Anwar mengagihkan topi keledar kepada anak muda dalam program tingkatkan keselamatan jalan raya

Sebanyak 70,000 unit topi keledar diperuntukkan untuk diagihkan secara percuma kepada rakyat menerusi inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Belanjawan 2026.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu bertujuan menjaga keselamatan penunggang motosikal serta mengurangkan risiko kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.


Dalam perkongsian beliau pada semalam, Anwar menzahirkan kegembiraan dapat bersembang dan bertanya khabar dengan beberapa penerima topi keledar percuma menerusi program berkenaan.


Anwar turut mengingatkan orang ramai supaya memastikan topi keledar dipakai dan tali pengikatnya dikemaskan setiap kali menunggang motosikal.


Beliau menegaskan, keselamatan perlu menjadi keutamaan dalam setiap perjalanan, dengan pesanan agar rakyat keluar rumah dan pulang dengan selamat.


"Topi keledar baharu, semangat pun baharu!" katanya.


Menurut dokumen Belanjawan 2026, pengedaran 70,000 unit topi keledar percuma diteruskan bagi tujuan keselamatan jalan raya, menggunakan sebahagian hasil penjualan nombor plat khas.


Inisiatif itu merupakan antara usaha kerajaan memperkukuh keselamatan penunggang motosikal dan memastikan bantuan yang disediakan dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page