top of page

7 negeri tolak PKPB: Panggil mesyuarat persekutuan-negeri



Oleh Redzuan Shamsudin Ahli parlimen Pasir Gudang Hasan Abdul Karim menggesa Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional mengadakan mesyuarat bersama 13 Kerajaan Negeri di Malaysia sebelum membuka semula sektor ekonomi dan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hal itu, katanya, amat perlu berikutan 7 negeri menolak langkah kerajaan pusat berkenaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini. "Saya nasihatkan Kerajaan Persekutuan supaya mengadakan mesyuarat dengan 13 Kerajaan Negeri dalam Malaysia sebelum membuat keputusan muktamad untuk melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan membuka semula ekonomi. "Hari ini dilaporkan tujuh buah negeri iaitu Kedah, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Pahang akan terus mengekalkan status quo PKP dan tidak mengikuti perlaksanaan PKPB yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan. "Perbezaan pendekatan ini tidak baik bagi sebuah negara Persekutuan seperti Malaysia," katanya dalam satu kenyataan. Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Negeri-Negeri dan Persekutuan Parlimen Malaysia turut menegaskan sebagai negara persekutuan, kerajaan pusat seharusnya mengambil pendekatan berunding dan bukannya memutuskan sesuatu dasar penting secara sehala. "Dalam semangat federalisme saya menyeru supaya Kerajaan Persekutuan mengambil kira pendirian dan pandangan Kerajaan-kerajaan Negeri sebelum mengambil keputusan yang lebih penting tidak lama lagi, iaitu menamatkan PKP dan membuka semula sepenuhnya semua sektor ekonomi dan sektor awam," kata Hassan lagi. Untuk rekod, PKPB diumumkan minggu lalu oleh perdana menteri Tan Sri Mhyiddin Yassin. PKPB bermula Isnin bagi membuka beberapa sektor ekonomi setelah kerajaan mengaku mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari berikutan PKP sejak Mac lalu. Bagaimanapun PKPB dipertikaikan oleh para profesional perubatan dan tokoh-tokoh masyarakat sebagai langkah tergesa-gesa ketika wabak Covid 19 masih belum berkhir dan angka pesakit baharu melebihi 100 orang dalam dua hari sebelum ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page