top of page

65% penduduk dewasa Selangor dapat dos pertama vaksin Covid 19, kaedah walk in mulai 2 Ogos


Selangor semakin hampir untuk mancapai sasaran 80% penduduk disuntik vaksin Covid 19 bagi memperolehi imuniti berkelompok.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, statistik pada hujung Julai telah menunjukkan sebanyak 65% penduduk dewasa di negeri itu disuntik vaksin, sekurang-kurangnya satu dos.


"Menutup bulan Julai dengan kejayaan vaksinasi di Negeri Selangor. Kadar vaksinasi harian di Selangor terus meningkat.


"Pada 30 Julai dan 31 Julai, 159 ribu dan 152 ribu dos suntikan sehari dicatat, melepasi sasaran untuk bulan Julai sebanyak 135 ribu dos sehari.


"Setakat 31 Julai, 65.5% daripada orang dewasa di Selangor telah menerima suntikan dos pertama mereka.


"Berasaskan kapasiti ini, Kerajaan Negeri yakin bahawa kerjasama bersepadu di antara Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) serta tambahan Program Vaksin Selangor (SelVAX) akan dapat membawa warga Selangor mencapai imuniti kelompok dalam masa kurang dari sebulan. Sasaran imuniti kelompok dijangka dicapai apabila 80% daripada populasi dewasa divaksin.


"Justeru, program percuma SelVAX Komuniti yang sedang berlangsung saat ini akan diteruskan sehingga 11 Ogos 2021 sebagai salah satu strategi Kerajaan Negeri untuk menampung serta mempercepat pelaksanaan PICK," katanya semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi mempercepat proses vaksinasi.


Tambah MB lagi, selain pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera dan SELangkah, Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk membuka kaedah pemberian vaksin secara datang sendiri atau walk in pusat-pusat yang disediakan di setiap DUN.


"Selain daripada temujanji yang diterima daripada MySejahtera dan SELangkah, pelaksanaan secara walk-in turut dilaksanakan di kawasan-kawasan DUN yang berkenaan bagi mempermudah proses vaksinasi.


"Pelaksanaan vaksinasi secara walk-in akan berkuatkuasa 2 Ogos 2021, tertakluk kepada jadual pelaksanaan di DUN berkenaan.


"Dengan itu, setiap satu PPV di DUN akan diperuntukkan sebanyak 1,300 suntikan sehari dengan jangkaan dua hari untuk setiap DUN.


"Diharap usaha ini akan memperlengkap Operasi Lonjakan Kapasiti yang sedang digerakkan di Greater Klang Valley," katanya lagi.


Kerajaan Selangor sebelum ini mengumumkan suntikan besar-besaran vaksin kepada rakyat di negeri itu sebagai cara untuk membuka semula sektor ekonomi akibat keengganan Kerajaan Persekutuan menutup sektor perkilangan yang menyebabkan kes jangkitan Covid 19 di Selangor melambung tinggi sejak 2 bulan lalu.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page