top of page

60 syarikat gergasi diminta bantu rakyat, bukan Syed Mokhtar sahaja



Tuduhan Kerajaan Perpaduan cuba menggugat syarikat hartawan Melayu Syed Mokhtar al Bukhary dengan meminta menderma kepada pesawah padi puluhan juta ringgit hari ini dijawab di Dewan Rakyat.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun), Syed Mokhtar diberi jaminan oleh kerajaan akan dibantu untuk menjayakan projek projek besar syarikat beliau dengan balasan membantu pesawah padi miskin melalui keuntungan dari syarikat pedagang berasnya, Bernas.


Bagi syarikat besar lain pula, kata Anwar, mereka diarahkan untuk membantu membiayai pendidikan TVET bagi generasi muda.


"Dalam perundinagn kita kepada Syed Mokhtar kita beri jaminan untuk membantu dalam projek insfrastruktur yang beliau terlibat, yang besar.


"Keduanya, setakat ini ada senarai 60 syarikat gergasi termasuk multinasional yang diminta menampung pembiayaan TVET umpamanya.


"Dia (syarikat) mengambil alih sebahagian dan membantu menyelenggara dan melatih dengan kos syarikat. Termasuk (syarikat) Sunway, Berjaya, Tenaga (TNB), Telekom (TM)," katanya dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas - Kubang Kerian).


Kebanyakan peserta TVET, kata Anwar adalah anak muda Melayu - Bumiputera dan bakal memperkasakan ekonomi Melayu pada masa hadapan.


"Kita minta syarikat ini membantu langsung, sama ada projek untuk rakyat miskin atau dalam kes ini, secara khusus TVET, kerana latih anak muda yang majoritinya Melayu - Bumiputera menadapat kemahiran lebih baik," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page