top of page

54 ribu pemohonan warganegara bukan dari China sahaja - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 22, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sekali lagi menafikan tuduhan kononnya terdapat 54,000 permohonan kewarganegaraan daripada warganegara China.


Sebaliknya kata beliau, sebahagian besar permohonan tersebut daripada pelbagai latar belakang dan keturunan.


"Sebahagian besar (permohonan) ialah anak-anak tanpa warganegara (stateless child) dan anak-anak dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan serta anak angkat yang tiada warganegara.


"Nak sekolah pun payah, kalau sakit tak boleh bagi rawatan melainkan bayar (penuh), takkanlah tiada kemanusiaan langsung," katanya.


Saifuddin berkata demikian melalui penstriman langsung ucapan Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di akaun media sosial rasminya.


Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan tindakan kementeriannya menyaring permohonan tersebut berlandaskan pada peruntukan undang-undang yang sah.


"Kita ada autoriti dan garis panduan warganegara melibatkan perkara di bawah Perkara 15(2), 15A dan 19(1), mengikut negara asal yang ada memperuntukannya.


"Kita nak buat perkara yang betul, mereka (pemohon) lahir dalam negara (ini), apa jadi pada mereka inilah yang kita selesaikan.


"Selain itu, kita akan terus meneliti permohonan mana-mana yang mencapai tapisan kuasa kita, akan diteruskan, dan ini tekad yang kami nak bawa," ujarnya lagi.


Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP.


JPN dalam satu kenyataan memaklumkan, ucapan Saifuddin semasa sidang akhbar pada 9 Januari lalu dimanipulasikan sebahagiannya sehingga mengelirukan rakyat terbanyak.

1 Comment


Sahal Jaman
Sahal Jaman
Aug 22, 2023

YB Saifuddin Nasution teruskan berkhidmat demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Kami rakyat kebanyakan sentiasa menyokong dan bersatu di belak

ang kerajaan.

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page