top of page

5 inisiatif tambah baik perkhidmatan kesihatan di Terengganu - KKM



Lima inisiatif bakal dilaksana Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan di Terengganu.


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa ketika mengumumkan perkara itu berkata Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM 72.5 juta bagi projek pembangunan baharu fasiliti kesihatan di negeri itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).


Antara yang akan dilaksana adalah Klinik Kesihatan Hiliran di Kuala Terengganu bakal menerima peruntukan RM 17 juta untuk menyiapkan Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar sebagai tambahan daripada peruntukan asal sebanyak RM 15 juta.


Selain itu Klinik Desa Gong Tanah Merah, Klinik Desa Alor Lintah dan Klinik Desa Alor Keladi yang terkesan akibat banjir yang berlaku tahun ini akan menerima peruntukan khas sebanyak RM500,000.


"Hospital Dungun yang diklasifikasi sebagai projek sakit dan merupakan satu projek yang menjadi perhatian KKM akan disiapkan tahun ini dan bakal memberi manfaat besar kepada warga setempat apabila beroperasi kelak.


"Untuk tujuan baik pulih dan naik taraf, sebanyak 53 buah klinik daif menerima peruntukan bernilai RM8.9 juta demi keselesaan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Ahli Parlimen Sekijang itu, semua inisiatif yang dinyatakan itu bakal meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negeri.


Ia juga merupakan sebahagian daripada reformasi kesihatan yang menjadi tekad beliau selaras dengan pembangunan Kertas Putih Kesihatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page