top of page

43 institusi ibadah di Hang Tuah Jaya terima sumbangan Adam Adli

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 18 hours ago
  • 1 min read
Adam menyampaikan mock up cek pada Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadan Parlimen Hang Tuah Jaya
Adam menyampaikan mock up cek pada Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadan Parlimen Hang Tuah Jaya

Sebanyak 43 institusi ibadah Islam di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya menerima sumbangan daripada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Adam Adli Abdul Halim.


Sumbangan kepada 14 masjid dan 28 surau itu disampaikan Adam Adli pada Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadan Parlimen Hang Tuah Jaya 2026 yang berlangsung di Amverton Resort di Air Keroh, semalam.


"Institusi masjid dan surau bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah berperanan sebagai pusat penyatuan masyarakat serta penggerak aktiviti kemasyarakatan di kawasan setempat.


"Diharap sumbangan ini dapat membantu memperkasa peranan masjid dan surau selain memastikan kebajikan masyarakat setempat terus diberi perhatian," katanya dalam satu kenyataan.


Difahamkan setiap masjid menerima sumbangan RM3,000 manakala setiap surau menerima RM2,000 bagi menyokong aktiviti pengimarahan serta operasi institusi berkenaan sebagai pusat komuniti setempat.


Pada majlis sama, Adam Adli turut menyerahkan cek cura berjumlah RM25,000 kepada Masjid Al-Ibadah Bukit Piatu bagi membantu melengkapkan dana pembelian tanah perkuburan untuk kegunaan komuniti setempat.


Selain itu, seramai 50 pelajar turut menerima bantuan pendidikan berupa tablet bagi membantu keperluan pembelajaran mereka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page