top of page

42 peratus turun mengundi, mungkin tidak menepati jangkaan SPR


Oleh: Helmi Mohd Foad


Sebanyak 42 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi setakat pukul 1 tengah hari tadi.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata trend keluar mengundi pada PRK tersebut meningkat sekitar lapan peratus setiap jam dengan semua saluran menunjukkan momentum yang sama.


Sejak pusat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi tadi, keadaan cuaca cerah di seluruh Kemaman walaupun sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di beberapa kawasan di daerah itu sepanjang hari.


SPR sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi boleh mencapai hingga 70 peratus daripada keseluruhan 141,043 pengundi berdaftar, bergantung kepada keadaan cuaca.


Sebanyak 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu termasuk 387 anggota polis, enam anggota tentera dan tiga pasangan mereka serta 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.


Semua anggota polis dan tentera yang layak mengundi awal menunaikan tanggungjawab masing-masing melalui undi pos sebelum ini manakala tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera mengundi awal di Balai Polis Kijal, 28 November lepas.


PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.


Keputusan rasmi dijangka diketahui sewal pukul 9 malam ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page