top of page

40% rakyat Perak divaksin terbantut jika tidak terima 600,000 dos hujung Julai - Farhash


Usaha negeri Perak untuk mencapai nilai ambang 40% warganya divaksin akan terbantut sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal membekalkan sebanyak 600,000 dos vaksin Covid 19 menjelang hujung Julai ini.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata demikian berikutan pendedahan di Parlimen oleh pemimpin DAP mengenai kelembapan operasi vaksinasi di negeri itu dan penutupan beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kelmarin.


"Usaha merealisasikan nilai ambang pemberian vaksinasi sebanyak 40 peratus di Perak akan terbantut sekiranya baki daripada 688,760 dos vaksin tidak diterima sebelum akhir bulan ini seperti yang dijanjikan kerajaan.


"Sebagaimana yang dibangkitkan di dalam Parlimen oleh Nga Kor Ming, penutupan sembilan PPV amat dikesali tambahan pula wujud laporan dan dakwaan mengenai vaksin yang dijual oleh badan korporat tanpa mengutamakan kepentingan rakyat," katanya.


Menurut Farhash, Kerajaan Negeri Perak telah melantik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) menerusi subsidiarinya, Majuperak Holdings Bhd. (MHB) untuk mengetuai pembelian vaksin bagi Program Vaksin Perak (PVP).


Bagaimanapun, katanya, kerajaan Perak seharusnya memberi jaminan bekalan vaksin percuma tersedia untuk rakyat negeri itu dan bukan terpaksa menunggu dalam tempoh yang lebih panjang.


"Rakyat mahukan keyakinan bahawa bekalan vaksin mencukupi dan berterusan untuk mencapai imuniti kelompok. Tanggungjawab Menteri Besar Perak Saarani Mohamad adalah memastikan pihak-pihak yang terlibat bersikap telus dan mengutamakan nyawa rakyat sebelum mencari ruang untuk meraut sebarang keuntungan.


"Kekurangan inisiatif lebih proaktif di bawah Kementerian Kesihatan yang dipimpin oleh Dr Adham Baba dalam memerangi wabak Covid-19, wajar menggerakkan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kerjasama bersama pembangkang demi akauntabiliti," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page