top of page

350 menara telekomunikasi di Kelantan dinaik taraf

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 14, 2023
  • 1 min read


Sebanyak 350 menara komunikasi di negeri Kelantan akan menjalani penaiktarafan infrastruktur yang dijangka siap selewat-lewatnya Oktober ini.


Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil pada lawatan kerjanya ke negeri itu.


Menurut Fahmi, penaiktarafan itu penting bagi megelakkan gangguan ekoran masalah banjir yang kerap melanda pada hujung tahun.


"Apabila berlaku banjir, liputan internet terjejas ekoran masalah di menara telekomunikasi yang dinaiki air


"Sebanyak 127 buah menara telah ditambahbaik," jelasnya kepada pemberita.


Terdahulu, Fahmi turut meninjau Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bendang Pak Yong, Tumpat yang turut terkesan banjir baru-baru ini.


Menyentuh mengenai naik taraf yang akan dijalankan Fahmi memberitahu ia akan melibatkan kerja-kerja mengangkat pelantar peralatan telekomunikasi satu hingga empat meter lebih tinggi dari kedudukan sekarang.


Selain itu syarikat telekomunikasi dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga akan menjalankan kerja meninggikan unit pencawang elektrik bagi mengelakkan bekalan elektrik ke pencawang komunikasi terputus ketika banjir.


Sementara itu, dalam lawatan ke Kelantan, Fahmi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN turut berkunjung ke kediaman 450 keluarga warga kerja Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini.


"Saya mahu menyatakan komitmen kementerian ini untuk terus memastikan kebajikan rakyat terbela tanpa dikriminasi termasuklah di neger-negeri Kelantan dan Terangganu.


"Insyallah kami akan terus berusaha melakukan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah rakyat," tambahnya.

Pegawai Penerangan Pasir Puteh Rosli Muhammad yang menyambut kehadiran Fahmi menyifatkan lawatan itu sebagai tanda prihatin dan sokongan moral kepada mereka terkesan banjir.


"saya sangat terharu begitu juga dengan penduduk Kampung Alor Bakat, yang menerima kunjungan Menteri KKD bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas banjir.


"Kita pun bersama-sama meraikan kehadiran Menteri KKD," katanya dipetik Berita RTM.

1 Comment


Saravana Murugan
Saravana Murugan
Jan 15, 2023

Sesuatu yg luarbiasa dilakukan oleh menteri pH ni 💪🏾💪🏾💪🏾 Terima kasih Fahmi 🙏🏾🙏🏾🙏🏾

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page