top of page

33 NGO berhimpun Kedutaan AS sempena Hari Tindakan Global

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 12, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Sebanyak 33 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk wakil parti politik dijadual akan mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) sempena Hari Tindakan Global pada esok 13 Januari.


Penganjuran di bawah Sekretariat Boycott Divestment Sanctions (BDS) itu dilakukan bagi menggesa secara konsisten gencatan senjata terhadap Palestin selain mengisytiharkan kebencian terhadap AS yang bersekongkol dengan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.


"Ia sebagai isyarat simbolik untuk menyuarakan bukan sahaja seruan bersama untuk gencatan senjata, tetapi juga sebagai cara untuk mengisytiharkan kebencian kami secara terbuka tentang persekongkolan Amerika Syarikat.


"Mereka membantu dan bersubahat dengan genosid yang berterusan ini," kata kenyataan media sekretariat itu.


Justeru, badan penggerak berkenaan menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit menzahirkan dokongan ke atas rakyat Palestin.


"Adalah menjadi harapan kami agar kehadiran rakyat Malaysia yang penuh semangat dalam solidariti dengan rakyat Palestin terus memberikan tekanan supaya gencatan senjata yang kekal berlaku dengan serta merta.


"Semoga 2024 menjadi tahun di mana kita melihat Palestin yang merdeka, bebas daripada pendudukan haram dan penindasan," ujar kenyataan itu lagi.


Untuk rekod, seramai 23,000 ribu rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh sejak tentera Israel mula menyerang Gaza, 10 Oktober lalu.


Selain itu, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan 370 kemudahan pendidikan termasuk 221 tempat ibadat dan 30 hospital musnah akibat serangan Israel.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page