top of page

30% penduduk Selangor lengkap vaksinasi 2 dos - MB


Program vaksinasi Covid 19 Selangor mencatat kemajuan dengan 30% penduduk negeri itu atau 1.42 juta orang sehingga semalam, lengkap menerima 2 dos vaksin.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebanyak 3.35 juta lagi telah menerima vaksin dos pertama.


Katanya, dicampur kedua-dua jumlah sebanyak 70.6% penduduk telah divaksin.


"Sejumlah 4.78 juta dos diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) manakala 217,995 telah disuntik melalui program Vaksin Selangor (Selvax).


"Sebanyak 2 juta dos vaksin disediakan Kerajaan Negeri kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.


"Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos," katanya dalam perkongsian di Facebook beliau.


Tambah Amirudin, usaha membabitkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf Kerajaan Persekutuan sebelum ini dan terangkum dalam kerangka PICK yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page