
KEADILAN Simpang Renggam bekerjasama dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Simpang Renggam baru-baru ini menganjurkan program Sumbangan Kasih kepada asnaf yang memerlukan bantuan di kawasan tersebut.
Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Firdaus Zainal, sumbangan telah disampaikan kepada 30 asnaf di sebuah dewan dalam DUN Layang-Layang.
"Program Sumbangan Kasih dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Simpang Renggam ini dihadiri oleh Ahli Parlimen, Ketua Cabang Wong Yung Chin, Hj Sarif dan rakan-rakan Pakatan Harapan di sana.
"Seramai 30 asnaf di Layang-Layang menerima bantuan wang tunai. Program tersebut mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan," katanya.
Program ini dihadiri oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang baru-baru ini mengisytihar dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Bình luận