top of page

3 bulan selepas bendera putih, pemulihan negara di landasan betul



Semenjak kempen bendera putih bermula, inisiatif membantu rakyat yang memerlukan telah digerakkan setiap masa bagi meringankan beban masyarakat yang hilang pendapatan dan sedang menempuh kesukaran hidup.


Dalam masa sama, pemulihan situasi Covid 19 berada di landasan yang betul sama ada pengurangan jumlah jangkitan mahu pun aktiviti ekonomi.


Namun bagi Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, aktiviti agihan bantuan masih dilakukan untuk membantu rakyat yang terkesan.


Katanya, di Ampang penderma seperti Datuk David Mak dan rakannya telah banyak membantu melakukan pengedaran makanan panas secara berterusan.


"Semenjak bulan Julai, sumbangan mereka telah memanfaatkan lebih 2,000 penduduk di sekitar Lembah Kelang," ujarnya.


Tambah Andre yang juga Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, beliau turut mengelolakan sumbangan makanan dari Datuk David ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk Cina, seperti Kampung Baru Cina Ampang, Pekan Ampang dan Kampung Kuala Ampang.


"Genap 3 bulan selepas Kempen Bendera Putih, saya percaya kami kini berada di landasan pemulihan yang baik. Mewakili pengundi Ampang, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk David dan rakan-rakannya," katanya.


Beliau yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju berharap Wilayah Persekutuan yang telah masuk ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara akan bergerak ke fasa seterusnya selepas ini.


Katanya, misi agihan makanan juga akan berkurangan apabila penduduk telah kembali meneruskan pekerjaan seperti biasa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page