top of page

3 batalion baharu PGA komitmen kerajaan tingkat keselamatan negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 19
  • 1 min read


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Ahad meluncurkan tiga batalion baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) sekali gus perkukuh keselamatan negara.


Jelasnya, penubuhan tiga batalion itu iaitu Batalion 21 Keningau, 22 Kunak di Sabah serta Batalion 23 Sri Aman di Sarawak menjadikan pasukan itu kini mempunyai 23 batalion di seluruh negara, dengan tujuh daripadanya di Sabah, empat di Sarawak manakala selebihnya di Semenanjung.


"PGA kini mempunyai kekuatan 12,000 anggota, dengan setiap batalion kita ada 600 pegawai dan anggota. Signifikan peluncuran ini bukti jelas komitmen berterusan kerajaan serta PDRM (Polis Diraja Malaysia) jalankan tanggungjawab hakiki pastikan keamanan, keselamatan negara dan ketenteraman awam dijaga.


"Ini juga mengesahkan tahap kesiapsiagaan pasukan bagi menghadapi apa juga senario, cabaran atau ancaman keselamatan.


"Sabah pernah ada peristiwa hitam (Tragedi Tanduo) jadi keadaan ini menghendaki pasukan keselamatan terutama PGA dalam siap siaga," katanya dipetik selepas Majlis Peluncuran PGA 21, 22 dan 23 di Papar, Sabah.


Majlis itu turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.


Saifuddin sementara itu turut menekankan komitmen kerajaan dalam menyokong PGA dari segi kebajikan anggota, termasuk penyediaan kemudahan pejabat dan tempat tinggal yang kondusif bagi memberikan keselesaan kepada anggota.


"Kerajaan telah memperuntukkan dana bagi pembelian dan pemantapan aset baharu untuk menyokong keupayaan pasukan. Aset ini penting kerana kita punya kepakaran dan keupayaan yang perlu diperkasakan dengan aset yang tepat serta bersesuaian," tambahnya.


Sehubungan itu beliau menyeru pasukan PGA terus memainkan peranan penting sebagai pasukan elit PDRM dengan keupayaan operasi di darat, laut dan udara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page