3,129 penggerak masjid di Selangor terima Insentif khas Aidilfitri RM500
- Suara Keadilan
- Mar 29
- 1 min read

Seramai 3,129 penggerak masjid seluruh Selangor yang terdiri dalam kalangan nazir, imam, bilal dan siak dari 447 masjid menerima Insentif Khas Aidilfitri 2025.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan, sejumlah RM1.564 juta diperuntukkan bagi tujuan itu dengan setiap mereka menerima sumbangan RM500.
"Kita lunaskan secara fizikal penyerahan insentif raya untuk petugas masjid (lebih) RM1.5 juta yang kita siapkan sebagaimana tahun sebelum ini," katanya dipetik pada majlis Penyerahan Insentif Khas Aidilfitri kepada Penggerak Masjid Selangor di Dewan Jamuan Masjid Negeri, Shah Alam pada Jumaat.
Difahamkan insentif khas tersebut merupakan sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
Sementara itu menurut Amirudin, Kerajaan Negeri mempertimbang untuk menambah kategori kepada sembilan tahun depan, berbanding tujuh ketika ini.
"Tahun depan sudah dipertimbangkan, kita akan tambah lagi RM500,000 untuk lengkapkan RM2 juta.
"Tambahan itu kita akan dapat tampung untuk setiausaha dan bendahari masjid," katanya kepada pemberita.
Comments