top of page

260 anggota, 5 Ranting baharu ditubuhkan di Ampang



KEADILAN Cabang Ampang kembali padu selepas lebih setahun pengkhianatan Langkah Sheraton dengan penyertaan semakin banyak masyarakat ke dalam perjuangan Reformasi.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, majlis penubuhan 5 Ranting baharu semalam membuktikan parti semakin diminati dan perjuangannya dijiwa oleh rakyat.


Katanya, majlis kemasukan 260 anggota baru yang berlangsung di Restoran Bob’s Kopitiam merupakan satu kejayaan sejurus Lembah Kelang masuk ke Fasa 4 PPN minggu lepas.


"Kehadiran begitu ramai Ketua Ranting di sini cukup membuktikan kekuatan KEADILAN. Ampang akan menjadi milik KEADILAN lagi, dengan adanya calon yang berwibawa untuk menerajui Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa," katanya.


Program ramah mesra penduduk itu juga mendapat sambutan dengan kehadiran ketua-ketua Ranting dan pengundi Ampang untuk mendengar amanat daripada pemimpin seperti ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.


Bagi Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail yang baru-baru ini dilantik sebagai Penyelaras Parlimen Ampang berbangga dengan sambutan yang ditunjukkan.


"Meskinya berlaku banyak insiden selama setahun ini, parti masih lagi utuh dan kehadiran masyarakat hari ini mencerminkan sokongan yang lagi kuat kepada KEADILAN. Kemasukan ahli dan tertubuhnya ranting baru telah menjadi bukti jenama KEADILAN masih lagi utuh," katanya.



Manakala Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Paduka Dr Tan Yee Kew berkata, sikap terbuka masyarakat sekarang yang tidak termakan dengan kata-kata politik sempit amat membanggakan.


"Agenda reformasi telah sedikit sebanyak mengubah landskap politik negara. Kata-kata hasutan berunsur rasisme tidak lagi berkesan. 260 ahli baru di sini memilih KEADILAN sebagai parti yang boleh memperjuangkan semua lapisan masyarakat," katanya.


Bob Yap, Ketua Ranting Jalan Merdeka, Kampung Baru Cina Ampang pula berkata, agenda reformasi seharusnya diteruskan untuk mengubah nasib rakyat.


"Kami sebenarnya berada di landasan yang baik, sehingga berlakunya Langkah Sheraton. Saya mempunyai tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, telah memilih KEADILAN sebagai platform untuk memperjuangkan nasib generasi yang akan datang," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page