top of page

24 tahun KEADILAN, rakyat tuai hasil perjuangan - Abdullah Sani



Polisi mengutamakan rakyat yang dibawakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kerajaan Perpaduan dianggap telah membalas jerih perih perjuangan panjang rakyat mengembalikan kedaulatan undang undang dan negara hukum sejak 1998 lalu.


Bagi Pengarah Biro Pekerja KEADILAN, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, ulang tahun KEADILAN yang ke 24 disambut semalam merupakan sesuatu yang amat berharga dan bersejarah bagi rakyat Malaysia.


Katanya, tahun 1998 dan 1999 akan tetap terpahat sebagai tapak bermulanya Reformasi yang pada hari ini telah membuahkan hasil apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.


"Inilah bermulanya reform dan menegakkan keadilan, kesaksamaan dan kebenaran yang dilaungkan oleh Anwar. Kita mengheret diri kita untuk membersihkan negara ini yang sudah bobrok, sudah hancur di tangan pemerintah zalim. Itulah episod awal 24 tahun lalu.


"Akhirnya 24 tahun berlalu, terbukti Allah tidak akan menyimpang hasrat murni hambanya dan dimakbulkan doa untuk mencetuskan keadilan, diletakkan pemimpin ke tempatnya," kata Abdullah dalam forum Borak Dahsyat bertajuk: "Selepas 24 Tahun, Anwar Ibrahim Dahulu dan Sekarang".


Lebih mengujakan lagi, kata Abdullah Sani, kerajaan pimpinan Anwar tidak lari daripada janji janji membela rakyat sebagaimana dimulakan 3 dekad lalu.


Hari ini, katanya banyak dasar baharu dibuat untuk melegakan hidup rakyat dan memastikan mereka memperoleh pendapatan mencukupi biar pun pembangkang sering berteriak kononnya pentadbiran Anwar telah gagal.


"Saya nak cakap, Anwar bukan gila glamour. Dia mahu rakyat merasai peralihan kuasa di bawah Kerajaan Perpaduan. Itu boleh dilihat daripada hasilnya. Kita tengok walau 33 bulan (kerajaan BN - PN) dengan 22 bulan (kerajaan Mahathir) sebelum ini yang gagal


"Kita tengok keputusan 2 tahun Perintah Kawalan Pergerakan. Empat bulan Datuk Seri Anwar pegang jawatan, baru 4 bulan dijerit gagal. Pergi Mekah tidak jumpa Raja Salman dihentam macam nak runtuh. Sedangkan Anwar bawa pelabur Arab masuk. Itu lebih penting daripada beliau dapat masuk ke dalam Kaabah. Rakyat perlu diselesaikan derita mereka.


"Sekarang balik dari China 170 bilion bawa pelaburan, mahu diagihkan pula pelaburan itu ke negeri pembangkang. Inilah manusia yang tidak ada sifat dendam kesumat dalam hati untuk menjahanamkan sesama insan," katanya malam tadi.


Mengenai pengeluaran KWSP pula, Abdullah Sani yang telah dilantik sebagai pengerusi Tekun berkata, hal itu sengaja diperbesar besarkan oleh pembangkang untuk memburuk burukkan Anwar. Sedangkan sebelum itu Anwar telah berjasa memulihkan status 130,000 usahawan yang telah muflis dalam Belanjawan 2023.


"Kita ini ada banyak platform boleh membantu, misalnya Tekun. Boleh menyantuni mereka ini untuk peluang kedua meneruskan perniagaan. Tidak perlu keluar wang KWSP.


"Tekun ini pun dilancar oleh Anwar pada 1997 untuk peniaga bawahan yang memerlukan bantuan. Tekun ada 170 cawangan di seluruh negara," katanya.


Abdullah turut menyeru rakyat agar tidak mempercayai propaganda yang dilakukan pembangkang termasuk menggunakan pihak ketiga seperti seorang pencarum KWSP berjalan kaki dari Johor ke Kuala Lumpur untuk konon menuntut pengeluaran caruman bagi memperbaiki masa hadapan keluarga.


"Saya tak nampak kenapa mereka nak buat bantahan lagi? Apa yang dikata jalan kaki 322 km, ini retorik. Sedih saya tengok. Askar pun ada yang pengsan berjalan 150km, kaki tumit habis. Tetapi dia elok pakai blazer (waktu di hadapan Istana Negara).


"Maka rakyat harus anggap ini perkara sampah (perlu dikesampingkan)," katanya sinis.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page