top of page

200 laptop bantuan pelajaran akan diedar di Parlimen Wangsa Maju



Parlimen Wang Maju akan mengedarkan 200 laptop percuma kepada para pelajar yang memerlukan di kawasan berkenaan.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Laptop Parlimen Wangsa Maju, Azfa Aza, sebelum ini Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew telah memulakan inisiatif Bantuan Laptop Percuma Parlimen Wangsa Maju. Permohonan bermula pada 23 Jun 2022 dan telah ditutup pada 15 Julai lalu.


Katanya, sepanjang tempoh itu pusat khidmat telah menerima 255 permohonan, yang mana 170 permohonan telah dihantar melalui Google Form dan 85 permohonan dihantar menggunakan borang fizikal yang telah diedarkan kepada penduduk setempat


"Daripada 255 permohonan, 102 permohonan merupakan mereka yang dikategorikan sedang menduduki SPM tahun ini, 6 STPM, 70 Diploma, 18 Asasi dan 59 Ijazah.


"Kesemua permohonan datang daripada keluarga B40, berpendapatan bawah RM 5,000 seisi rumah.


"Hanya 200 permohonan telah diterima (layak) setelah mengambil kira pelbagai kriteria dan keutamaan," katanya dalam sidang media baru baru ini.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang Wangsa Maju itu lagi, setelah diteliti 200 permohonan itu, 44 permohonan telah ditolak yang mana 15 daripadanya tidak mematuhi kriteria umur yang ditetapkan; 12 bukan pengundi Wangsa Maju; 9 permohonan datang daripada satu keluarga yang sama dan 13 permohonan, tidak dapat dikesan belajar di mana-mana pusat pengajian.


"Walaupun terdapat borang-borang yang tidak lengkap pada awalnya, pihak kami telah menghubungi pemohon bagi

memastikan mereka melengkapkan borang.


"Buat masa ini, permohonan bantuan laptop ini telah dihantar ke pihak ICU untuk mendapatkan kelulusan bagi memastikan 200 laptop berkenaan dapat diedarkan dalam kadar segera untuk kegunaan mereka," katanya.


Tambah beliau, sementara menunggu kelulusan dari ICU, pihak pusat khidmat telah menghantar mesej kepada pemohon yang mana telah diluluskan.


Azfar menjangkakan laptop berkenaan akan diedarkan pada Ogos, pertengahan atau hujung bulan bergantung kepada berapa cepat ICU dapat meluluskan permohonan-permohonan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page