![](https://static.wixstatic.com/media/02245c_5326385a554b419993c932ae858868b1~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_654,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/02245c_5326385a554b419993c932ae858868b1~mv2.jpg)
Sidang DUN Negeri Sembilan mencatat sejarah kelmarin apabila lebih 2/3 daripada bilangan ADUN menyokong pindaan umur layak mengundi daripada 21 ke 18 tahun.
Pindaan Perkara 49 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 itu diluluskan hampir sebulat suara apabila 32 ADUN termasuk daripada Pakatan Harapan dan BN menyokong, manakala empat ADUN tidak hadir semasa sesi penggundian.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amirudin Harun, Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang dipinda melalui Seksyen 4 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 (AktaA1603) juga memperuntukkan penurunan had umur seorang warganegara yang layak menjadi ADUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
"Sekiranya Kerajaan Negeri tidak meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan mengikut Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan; jika pilihan raya Parlimen dan DUN diadakan serentak, beberapa implikasi akan timbul.
"Ini termasuk kejanggalan perbezaan umur minimum calon DUN dan Parlimen, selain pelaksanaan yang tidak seragam dengan negeri lain yang telah membuat pindaan tersebut terlebih dahulu,” katanya dalam sidang DUN.
Comentarios