top of page

1MDB: Kerajaan perlu sita rumah AS$ 10 juta bekas kekasih Leissner - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 23, 2022
  • 1 min read


Kerajaan Malaysia perlu bertindak segera menyita rumah bekas kekasih mantan pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner yang mengaku menggunakan AS$10 juta atau RM41.8 juta dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk membeli hartanah di London.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, rumah yang didakwa dihadiahkan kepada bekas kekasih Leissner pada 2013 itu boleh dijual semula bagi membayar hutang 1MDB.


"Hal ini telah disebut dalam keterangan yang Leissner berikan di mahkamah New York semalam.


"Pengakuan Leissner ini perlu disiasat segera oleh Polis Diraja Malaysia, dan Peguam Negara serta Kerajaan Malaysia, perlu mengambil tindakan undang-undang termasuk dengan menyita rumah tersebut atau menyaman pemilik rumah itu.


"Jika benar dana 1MDB telah disalahguna untuk membeli rumah (bekas kekasih), maka rumah atau wang tersebut wajib dikembalikan kepada rakyat," katanya.


Tegas Fahmi, pembelian hartanah di luar negara jelas satu legasi pentadbiran Umno BN yang menggunakan 'kestabilan politik' untuk merompak dana rakyat Malaysia yang memberi mandat penuh kepada mereka dalam pilihan raya.


"Setakat pertengahan 2021, 1MDB telah “menghadiahkan” rakyat Malaysia dengan hutang berjumlah RM32 bilion.


"Tidak boleh dinafikan lagi bahawa 1MDB adalah antara hasil terbesar “kestabilan” lebih enam dekad pemerintahan yang hanya memakmurkan kelompok, kroni dan kekasih tertentu, bukannya rakyat secara keseluruhannya," kata Fahmi lagi.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page