top of page

186 PEDi baharu akan dibina tahun ini - PM



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Madani akan menambah 186 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai ikhtiar kerajaan untuk mendepani masalah kesenjangan digital serta pendapatan.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbirannya mensasarkan sebanyak 1,097 PEDI menjelang hujung tahun ini terutama di kawasan yang sebelum ini kurang mendapat perhatian.


"Transformasi digital adalah agenda penting dalam usaha menterjemah wawasan kerangka Ekonomi MADANI.


"Tahap penguasaan ilmu dalam bidang baharu mesti cepat digarap dan dikuasai agar masyarakat tidak ketinggalan dalam arus deras perubahan. Saya yakin rakyat pasti mendapat manfaat dan memanfaatkannya agar masyarakat lebih kendiri dan maju," katanya melalui satu hantaran di laman Facebooknya.


Pada Jumaat, Anwar mengumumkan pembangunan 38 PEDI baharu di Pulau Pinang.


Pada ucapan di Majlis Perasmian Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang, beliau memaklumkan ia sebagai penambahan kepada 3 pusat sehenti penggunaan jalur lebar sedia ada.


Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukkan RM47 juta bagi tujuan pembinaan dan pengoperasian untuk kesemua PEDI di negeri itu.


Pada ucapannya juga, Anwar menzahirkan penghargaan atas usaha dan khidmat mereka yang menjayakan PEDi khususnya untuk masyarakat luar bandar dan kawasan luar jangkauan yang telah memberi pendedahan serta manfaat kepada komuniti sekitar.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page