top of page

18,792 guru baharu dilantik, atasi kekurangan tenaga pengajar



Usaha untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar terus dilaksanakan oleh kerajaan apabila seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik sepanjang tahun lepas.


Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata pengambilan itu melibatkan sejumlah 9,155 orang guru bagi sekolah rendah manakala 9,637 lagi di sekolah menengah.


"KPM sentiasa bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah seluruh negara dapat diatasi.

"Sinergi kerjasama strategik kedua-dua pihak cukup signifikan dalam memastikan unjuran guru memenuhi keperluan semasa," kata kenyataan itu hari ini.


Kenyataan itu memberitahu pengambilan seramai 6,315 graduan bukan pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara kontrak seperti yang diumumkan oleh SPP pada minggu lepas mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan unjuran keperluan dan penempatan guru di sekolah dipenuhi.


Jelasnya lonjakan penambahan bilangan guru adalah komitmen besar Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan agenda reformasi pendidikan dan memartabatkan kualiti pendidikan negara.


Pada Khamis lepas, SPP memaklumkan seramai 6,315 calon guru berjaya dalam temu duga dan layak dilantik sebagai PPP gred DG41 secara kontrak bagi mengisi sebahagian daripada keperluan jawatan itu di semua sekolah di bawah KPM di seluruh negara.


Semua calon yang merupakan lepasan universiti bukan pendidikan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah ditemu duga dari 18 September hingga 9 November lepas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page