top of page

17.65 juta mendaftar, matlamat PADU lepasi sasaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 1, 2024
  • 1 min read


Oleh: Noraini Nordin


Sehingga tarikh tutup 31 Mac, seramai 11.55 juta (52.6%) warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah berjaya mendaftar dan mengemaskini profil diri dalam sistem PADU.


Secara keseluruhan pula, termasuk ahli isi rumah berusia bawah 18 tahun, jumlah yang telah mendaftar dengan PADU ialah seramai 17.65 juta atau 58.7% daripada profil rakyat negara ini.


Ini bermakna, matlamat PADU untuk mendapat pendaftaran sekurang-kurangnya 50% daripada 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas telah pun tercapai, bahkan melepasi sasaran.


Dengan sambutan yang baik ini hasrat kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar tidak mungkin tergangguh lagi.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam catatan di media sosialnya mengucapkan terima kasih kepada semua warga negara yang telah mendaftar, mengemaskini dan juga mengesahkan data-data mereka.


"Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada pasukan pembangunan sistem PADU di Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Digital Negara, Kementerian Komunikasi dan juga agensi-agensi lain yang terlibat atas usaha menjayakan pelaksanaan PADU ini," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau, langkah seterusnya selepas ini adalah untuk membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada Jemaah Menteri pada bulan ini juga.

"Sebarang pengumuman berkenaan hal ini akan diumumkan oleh kerajaan pada masa yang akan datang," jelasnya.


Begitu pun, kepada mereka yang tidak berjaya mendaftar dan mengemaskini profil di PADU, Rafizi berkata, data pentadbiran yang sedia ada adalah mencukupi dan akan digunakan untuk kerajaan menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi.


Dalam masa yang sama dan sekiranya ada keperluan, ujarnya, Kementerian Ekonomi akan mengumumkan pembukaan semula kaunter PADU untuk tempoh yang singkat bagi pendaftaran dan pengemaskinian, setelah kerajaan membuat keputusan bentuk dan mekanisme subsidi bersasar yang akan dilaksanakan.

2 commentaires


jyching9166
02 avr. 2024

HELLO

J'aime

jyching9166
02 avr. 2024

CHING JIUN YEU

J'aime

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page