top of page

16 tuntutan MA63 dalam proses rundingan - Mustapha Sakmud

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read


Kerajaan MADANI terus komitmen memartabatkan hak Sabah dan Sarawak menerusi pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud (gambar) memaklumkan, sebanyak 13 tuntutan telah berjaya diselesaikan setakat ini dengan baki 16 tuntutan masih pada peringkat rundingan.


"Satu daripadanya dikategorikan selesai secara sebahagian atau interim, manakala dua lagi tuntutan telah mencapai keputusan dasar.


"Lapan tuntutan lain masih dalam perbincangan dan lima tuntutan lagi dirujuk untuk perbincangan pada peringkat tertinggi," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.


Mustapha turut menegaskan bahawa pelaksanaan MA63 akan terus dilaksanakan secara berhemah, inklusif dan selari dengan semangat Persekutuan.


Komitmen Kerajaan MADANI dalam merealisasikan tuntutan MA63 dizahirkan melalui keberanian melaksanakan pembaharuan struktur, termasuk penubuhan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi mempercepatkan proses rundingan dan penyelesaian tuntutan.


Kesungguhan kerajaan turut diterjemahkan menerusi sokongan fiskal yang signifikan, apabila Belanjawan Pembangunan 2026 memperuntukkan peningkatan sebanyak RM6.9 bilion kepada Sabah dan RM6 bilion kepada Sarawak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page