top of page

16 mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar diselamatkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 hours ago
  • 1 min read


Seramai 16 lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar berjaya diselamatkan.


Kumpulan itu selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 4.30 petang semalam.


"Setakat ini, seramai 80 rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang menerusi operasi bersepadu ini, termasuk 16 individu yang tiba hari ini," kata Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu.


Operasi penghantaran pulang ini melibatkan kerjasama erat pelbagai agensi antaranya Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia, serta Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.


Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Selasa memaklumkan, kesemua mereka dibawa pulang melalui jalan darat menggunakan sebuah bas sewa khas dan diiringi lima pegawai Home-Based Staff (HBS) dan Kumpulan Agensi Teknikal (KAT) Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) Bangkok.


Turut dibawa pulang ialah abu mayat dua rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan itu.


Sementara itu Wisma Putra turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Thailand dan pihak berkuasa Myanmar atas sokongan dan kerjasama berterusan dalam mempercepatkan proses kepulangan warganegara Malaysia tersebut.


Misi terdahulu pada 24 Februari berjaya membawa pulang 15 orang mangsa sindiket, 12 Mac (25 orang), dan 26 Mac (24 orang).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page