111 undi singkir speaker bukti sokongan terhadap Muhyiddin rapuh


Jumlah 111 undi terhadap usul Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyingkirkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menunjukkan sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri itu cukup-cukup makan sahaja.


Ini selepas Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Rashid Hasnon mengumumkan jumlah sokongan terhadap usul itu hanyalah 111 undi.


Manakala, jumlah bantahan terhadap usul itu pula adalah 109 undi.


Ini bermakna, keseluruhan blok pembangkang bersatu-padu membantah usul itu yang terdiri daripada 91 ahli parlimen Pakatan Harapan dan 18 ahli parlimen bebas.


Hanya Rashid sahaja selaku Ahli Parlimen Batu Pahat yang tidak mengundi kerana mempengerusikan sidang Dewan Rakyat.


Ini berbeza dengan dakwaan sebelum ini yang mengatakan Muhyiddin mempunyai sokongan sehingga 113 ahli parlimen.


Jadi, benarlah bahawa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan yang kuat seperti yang cuba digambarkan selama ini.


Ia juga sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada Pakatan Harapan untuk mengambil alih semula kerajaan persekutuan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio