top of page

100 Taman Rekreasi MADANI bakal dibina tahun ini



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM50 juta bagi membina 100 buah Taman Rekreasi MADANI di seluruh negara tahun ini sekaligus menambahbaik kualiti hidup rakyat.


Menterinya, Nga Kor Ming melalui satu kenyataan pada Rabu berkata, perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Panel of Experts (POE) KPKT Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikannya pada Selasa.


"Dalam sektor perbandaran mampan, KPKT telah menyasarkan untuk membina 100 buah kawasan hijau awam di seluruh negara pada tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.


"Sasaran ini melibatkan kerjasama merentasi jabatan di mana Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan penting dalam pelaksanaan inisiatif tersebut," katanya dipetik.

Berdasarkan statistik 2022, Malaysia mempunyai seluas 23,433 hektar kawasan lapang yang berpotensi menjadikan kawasan hijau awam.


Sementara itu, sebagai mengulas Jawatankuasa Induk POE KPKT , Nga berkata, ia merupakan inisiatif strategik KPKT untuk menggembleng pengetahuan, pengalaman dan kepakaran pelbagai pihak dalam penentuan dasar dan program terbaik untuk rakyat.


"Ini adalah komitmen POE dalam menyokong KPKT bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan MADANI ke arah pembangunan yang lebih mampan.


"KPKT juga akan terus melaksanakan kerjasama secara berterusan dengan pelbagai pihak bagi memantapkan lagi pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page