100 juta set data peribadi dicuri, pinda Akta 709 pada sesi Parlimen Julai - Fahmi Fadzil



Data peribadi yang dilaporkan dicuri dalam tempoh 5 tahun kebelakangan di Malaysia didakwa mencecah lebih 100 juta set.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, data seperti nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor MyKad dan pelbagai maklumat peribadi didakwa telah dicuri daripada syarikat-syarikat atau badan-badan di bawah bidang kuasa pelbagai kementerian.


Namun katanya, berdasarkan laporan media cuma satu kes kecurian data peribadi berprofil tinggi yang telah dibawa ke mahkamah sehingga, iaitu kes melibatkan 30 juta data peribadi pelanggan Malindo Air.


"Kes-kes kecurian berprofil tinggi yang melibatkan lebih 70 juta data peribadi lain, sama ada masih belum dibawa ke mahkamah atau hasil siasatan dan tindakan Kementerian atau agensi bertanggungjawab tidak diketahui umum.


"Keadaan ini amat tidak baik untuk rakyat mahupun ekonomi Malaysia.


"Ke mana perginya semua data yang telah dicuri ini? Mengapa kecurian data masih kerap berlaku? Adakah data peribadi yang dicuri ini disalahguna penjenayah bagi tujuan penipuan (scam) atau aktiviti jenayah lain? Hal ini amat merisaukan," kata Fahmi dalam satu kenyataan.


Katanya, pada Februari 2020 lalu Menteri Komunikasi dan Multimedia pada ketika itu Gobind Singh Deo pernah memaklumkan bahawa Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) akan dikaji semula.


Namun, malangnya ujar Fahmi, selepas Langkah Sheraton dan bertukarnya Menteri Komunikasi dan Multimedia, status kajian semula serta cadangan-cadangan pindaan Akta 709 itu didiamkan begitu sahaja.


"Jadi, memandangkan kejadian kecurian data peribadi belum dapat dihentikan dan yang terbaharu berlaku pada hujung Mei lalu, saya menggesa agar Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi memberi penjelasan segera berhubung status kajian semula Akta 709 serta langkah-langkah yang telah diambil bagi menjamin keselamatan data peribadi rakyat Malaysia, termasuklah data peribadi yang disimpan atau dikendali oleh agensi-agensi Kerajaan.


"Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia perlu menggunakan peluang sidang Parlimen bermula 18 Julai ini untuk membentangkan pindaan kepada Akta 709," katanya.


Menanggapi isu itu, Fahmi berkata, beliau juga akan membawa Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda akta berkenaan dan berharap akan mendapat sokongan kerajaan.


"InshaAllah saya juga akan membawa satu Rang Undang-Undang Persendirian bagi tujuan meminda Akta 709 pada sidang Parlimen kali ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER