top of page

100 hari pembantaian Palestin: Sokong heret Israel ke ICJ - PM



Memasuki 100 hari tempoh pembantaian besar besaran tentera Israel ke atas warga Palestin, Malaysia terus mengecam kezaliman tanpa berkesudahan rejim zionis.


Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, serangan mulai 7 Oktober 2023 sehingga kini hanyalah kesinabungan tujuh dekad keganasan Israel yang tiada tolok bandingnya, membunuh rakyat awam Palestin yang tidak berdosa.


Beliau kecewa dengan ahli politik sayap kanan rejim Israel yang tidak menganggap rakyat Palestin sebagai manusia yang mempunyai hak asasi untuk hidup.


"Kenyataan serta pandangan perkauman sisi kanan dihamburkan para pemimpin zionis ke atas rakyat Palestin tambah menjelas sikap melampau zionis Israel.

"Sebagai rakyat, meski dinafikan segala hak dan asas kehidupan serta sentiasa dipaksa untuk hidup dalam ketakutan, namun rakyat Palestin tetap terus keras mempertahan tanah air dan maruah bangsa.


"Setakat hari ini, sejak 7 Oktober yang lalu Israel telah membunuh seramai 24,100 rakyat yang tidak berdosa dan Israel terus dipencilkan warga serta komuniti antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, PM memuji tindakan Afrika Selatan yang mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di atas genosid yang dilakukan meski negara itu bukan negara Islam atau jiran Arab di Asia Barat.


"Tindakan berani Afrika Selatan dalam melonjak persoalan ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa semestinya didukung oleh seluruh dunia dan warga yang waras.


"Negara-negara Barat seolah ingin terus bermuka-muka dan mengambil pendirian selamat ketimbang mengheret Israel ke muka dan neraca pengadilan yang sewajarnya. Mantra ‘hak asasi manusia’ yang sering dihala ke negara-negara yang tidak sebulu dengan mereka kini tidak lagi kedengaran," katanya.


Menurut Anwar, Malaysia jelas amat kecewa dengan sikap negara Barat yang tidak mempedulikan bantahan antarabangsa dan kekal menyokong kezaliman Israel meskipun mereka terpaksa membelakangkan prinsip hak asasi manusia yaang diperjuangkan semala ini.


"Gelombang penentangan terhadap Israel yang kita saksikan hari ini adalah yang terbesar sejak demonstrasi raksasa menentang Perang Vietnam dan pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan dahulu


"Malangnya, gelombang penentangan ini belum menjentik nurani pemimpin di negara-negara Barat untuk mengambil pendirian yang menyemangati apa yang mereka paksakan ke atas negara lain selama ini. Israel mesti dibicarakan dan kekejaman mereka mesti didobrak dengan pelbagai cara yang ada.

"Malaysia mengulangi pendiriannya untuk mendukung langkah Afrika Selatan di ICJ bersama negara-negara sahabat yang lain menegak keadilan dan membenam kezaliman," katanya.


Justeru itu, PM mengambil ucapan mengesankan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela berkenaan perjuangan di Palestin untuk dijadikan ingatan kepada kemanusiaan sejagat.


"We know too well that our freedom is incomplete without the freedom of the Palestinians."

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page