top of page

10 tahun lagi banyak pekerjaan lenyap, PH sediakan model pendidian baru



Banyak pekerjaan berskil rendah akan lenyap 10 tahun akan datang, oleh itu Pakatan Harapan dalam pemerintahan 22 bulannya telah mengubah sistem pendidikan negara ke arah persediaan menghadapi masa hadapan.


Menurut mantan Menteri Pendidian Dr Maszlee Malik, pekerjaan berskil rendah akan diambil alih oleh kecedasan buatan (AI) dan rakyat perlu bergerak ke arah pendidikan berskil tinggi.


"Banyak pekerjaan dalam tempoh 10 tahun akan datang tidak wujud lagi seperti hari ini. Jadi kita nak persiapkan anak-anak kita ke arah itu," katanya dalam temubual bersama Suara Keadilan baru-baru ini.


Tegas Dr Maszlee, perubahan besar-besaran sistem pendidikan negara telah direncanakan ketika beliau menerajui Kementerian Pendidikan berdasarkan Model Pendidikan Baharu yang dirancang setanding dengan negara-negara maju Barat dan China.


Katanya, Model Pendidikan Baharu itu menumpukan kepada melatih skil pelajar berbanding konsep hafalan dan peperiksaan masakini yang tidak lagi sesuai memandangkan semua pengetahuan dapat dengan mudah diakses di internet.


"Kita sepatutnya tahun 2021 ini, kalau ditakdirkan masih kerajaan, dilaksanakan laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara yang mana antara cadangannya, mereka mengemukakan pelan pendidikan baharu, atau New Academic Model yang memang berbeza dengan hari ini


"Kalau orang komen tentang hafalan dan sebagainya, memang itu menggantikannya. Sepatutnya direncanakan 2020 dibawa ke kabinet, setuju, maka 2021 akan bermula," katanya.


Tambah Ahli Parlimen Simpang Renggam itu lagi, sistem pendidikan baharu juga akan merobah pembelajaran di sekolah menengah yang tidak tertumpu kepada aliran Sains dan Sastera tetapi lebih kepada pendemokrasian yang membenarkan silang aliran dilakukan.


"Bila sebut tentang skil harus bermula pada pra sekolah lagi. Sebab itu dalam pelan pendidikan baharu itu pembelajaran wajib 12 tahun atau K12. Cuma di peringkat menengah kita mula mengenal pasti perbezaan kecenderungan.


"Kita meletakkan perbezaan aliran dalam bentuk paling longgar. Contohnya budak Sastera boleh ambil Sains, budak Sains ambil Keusahawanan dalam bentuk yang lebih didemokrasikan seperti di negara maju.


"Ini untuk memperbanyakan anak-anak ambil jurusan Sains dan paling penting menyediakan jurusan Sains berjiwa Sastera. Demi siapkan mereka ke masa depan yang penuh cabaran," katanya lagi.


Polemik lenyapnya pekerjaan berskil rendah pada dekad akan datang banyak diperbincangkan memandangkan di negara maju kerja-kerja seperti perkeranian, penyambut tetamu dan operator pengeluaran kilang mula diambil alih oleh robot dan AI, sedikit demi sedikit.



0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page