top of page

10 Setiausaha Politik Menteri angkat sumpah di hadapan PM



Sebanyak 10 Setiausaha Politik Menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah dalam Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Majlis angkat sumpah itu didahului oleh Muhammad Kamil Abdul Munim setiausaha politik kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah Datuk Hamzah Brahim (MPIC), Yuhaizad Abdullah (MAFI), Datuk Ton Zalani Mat Darus (MINDEF) dan Datuk Haji Rizam Ismail (MITI).


Lima yang lain ialah Datuk Suraya Yaacob (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Akmal Zharif Ahmad Kamal (Luar Negeri), Dr. Stephen Anak William (Perpaduan), Arul Kumar Jambunathan (MOT), dan Yap Yee Vonne (KBS).


PM dalam catatan di Facebooknya berharap kesemua Setiausaha Politik tersebut dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan ikhlas serta penuh integriti.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page