top of page

10 Perkara Perlu Tahu Mengenai Perjanjian Malaysia-Amerika Syarikat (ART)

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 2
  • 2 min read

ree

Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat (ART) atau ART didakwa kononnya menyerahkan kedaulatan negara ini kepada kuasa besar.


Bagaimanapun banyak perkara mengenai ART yang rakyat perlu tahu, dan tidak sama sekali merugikan negara.


Malaysia kekal melaksanakan semua perjanjian berasaskan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang undang tertinggi negara.


  • Undang-undang Malaysia tetap diutamakan, semua perkara tertakluk undang undang kita


Tiada apa dalam ART yang mengatasi Parlimen, Perlembagaan atau perundangan Malaysia. Semua perkara tertakluk kepada undang undang dan dasar sedia ada. Kuasa undang-undang kekal 100% di tangan negara kita.


  • Kedaulatan & keselamatan terpelihara


Malaysia kekal dengan hak di bawah WTO. Kita masih boleh bertindak demi kepentingan negara pada bila-bila masa. Jika sesuatu tidak selari dengan kepentingan negara, pelbagai mekanisme boleh diambil untuk tidak meneruskan perjanjian.


  • Tiada liberalisasi dituntut


ART tidak memaksa Malaysia membuka sektor baharu dalam perkhidmatan atau pelaburan. Semua pengecualian sedia ada kekal.


  • Rundingan BUKAN kewajiban


“Complementary actions” hanya bermaksud perbincangan. Apa-apa keputusan tetap melalui proses undang-undang Malaysia dan ditentukan mengikut ikut garis masa kita sendiri.


  • Dasar Bumiputera kekal


Keutamaan, ekuiti dan penyertaan Bumiputera kekal di bawah kawalan penuh Malaysia.


  • Sektor sensitif kekal dilindungi


Tanah, pertanian, minyak & gas, perlombongan, senjata, tenaga, budaya, perkhidmatan sosial, perjudian, dan perkhidmatan guaman kekal tertutup atau terhad di bawah undang-undang Malaysia.


  • GLC & Syarikat Berkaitan Kerajaan tidak terjejas


Tadbir urus kekal di bawah undang-undang Malaysia; keputusan komersial kekal dibawah kawalan syarikat Malaysia.


  • Larangan eksport REE mentah masih berkuat kuasa


Malaysia masih melarang eksport nadir bumi mentah — kita menegaskan sebarang pemprosesan nilai tambah mesti dibuat di dalam negara. Ini membantu perpindahan teknologi dan pembangunan sektor pemprosesan di dalam negara.


  • Malaysia kekal tentukan status HALAL

Hanya JAKIM memilih dan menentukan badan pensijilan halal AS yang diiktiraf — selepas audit oleh JAKIM sendiri.


  • Kenapa kita tandatangani perjanjian ini? Kita mahukan akses pasaran, bukan tunduk kepada AS.


Kita telah berjaya mendapat 1,711 baris tarif AS yang kini dikecualikan daripada tarif. Ia memberi manfaat kepada minyak sawit, getah, kimia, komponen aeroangkasa, farmaseutikal, dan lain lain — (12% daripada eksport kita, bernilai lebih RM 22 bilion), ini menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana serta mengekalkan pekerjaan rakyat Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page