top of page

10 industri besar setuju bantu kerajaan perkasa TVET



Usaha kerajaan untuk memperkasa sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat respons positif daripada syarikat swasta di negara ini.


Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar memaklumkan sebanyak 10 syarikat swasta terbesar akan memeterai memorandum perjanjian (MOA) dengan kerajaan dalam masa terdekat sebagai permulaan ke arah itu.


"Kerajaan akan menyediakan premis dan tenaga pengajar manakala syarikat swasta terlibat menyediakan peralatan dan teknologi mengikut sektor masing-masing supaya kursus yang dibuat itu benar-benar diperlukan industri," katanya kepada media selepas merasmikan bengkel Young Employable Students (YES!) 2023 anjuran Talent Corp Malaysia (TalentCorp) semalam.


Beliau yang tidak menamakan syarikat-syarikat itu menjelaskan, penglibatan syarikat swasta dalam program TVET sangat penting bagi memastikan latihan diberikan dapat menepati keperluan industri.


Selain itu jelasnya perbelanjaan untuk TVET adalah tinggi sehingga RM6.7 bilion dan kaedah terbaik adalah menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan.


Sementara itu, beliau ketika menyentuh program YES! 2023 berkata, inisiatif itu dijangka menarik 6,000 pelajar terutamanya bakat TVET bagi mengukuhkan usaha mencapai kebolehpasaran pekerjaan tahun ini.


Inisiatif itu dilaksana dengan tujuan mendepani cabaran terbesar dihadapi bakat muda tempatan dalam pasaran kerja.


Sejak diperkenal pada 2019, ia jelasnya telah memberi manfaat kepada lebih 30,000 pelajar.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page