top of page

10 daripada 14 Cabang KEADILAN Pahang menang tanpa bertanding



KEADILAN Pahang mencatat rekod tersendiri apabila 10 daripada 14 cabang di negeri itu menyaksikan penyandang atau calon baharu ketua cabang menang tanpa bertanding.


Menurut Setiausaha KEADILAN Pahang, Wong Ming Hui, penyandang yang mengekalkan jawatan ialah Ketua Cabang Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi; Ketua Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung; Ketua Cabang Rompin, Jamaludin Masri dan Ketua Cabang Maran, Bostamin Bakar.


Manakala enam cabang lain ialah Bentong, Raub, Bera, Cameron Highlands, Jerantut dan Kuala Krau.


"(Bob) Manolan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang Bera manakala Ketua Cabang Kuala Krau pula kekal disandang Mohamad Hafez Harun.


"Empat lagi Ketua Cabang dimenangi muka baharu selepas penyandang jawatan sebelumnya tidak bertanding.


"Ketua Cabang Bentong kini di sandang Jeffry Nizam manakala Anuar Busu di Raub, Ismail Mohd Hussin di Cameron Highlands dan Mohd Rafly Mohamad Satar dipilih sebagai Ketua Cabang Jerantut," katanya dipetik Sinar Harian.


Sementara itu, menurut beliau empat cabang yang berlaku pertandingan adalah Paya Besar, Pekan, Lipis dan Temerloh yang akan diketahui pemenangnya selepas selesai proses pemilihan dan dicampur undi daripada atas talian.


Suasana pemilihan tidak banyak menimbulkan masalah kecuali di beberapa cabang di Kelantan

Tambah Ming Hui, Cabang Paya Besar mungkin menyaksikan saingan sengit apabila Wan Fauzuldin Wan Samad dicabar Datuk Seri Ahmad Omar dan Kamarzaman Mohamed Yunus.


Secara keseluruhan, seramai 38,659 ahli KEADILAN di negeri itu layak mengundi membabitkan 3,620 ahli di Kuantan, Pekan (1,796), Maran (1276), Rompin (1,583), Temerloh (3,869), Raub (1,629), Lipis (2,038), Bentong (6,874), Cameron Highlands 1,033), Jerantut (2,782) Indera Mahkota (3,677), Paya Besar (3,788), Kuala Krau (1,589) dan Bera (3,105).


Untuk rekod, hari ini dilangsungkan Pemilihan KEADILAN 2022 secara undi fizikal bagi negeri Pahang dan Wilayah Persekutuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page