top of page

10,000 doktor kontrak mesti diserah ke jawatan tetap - Anwar



Kontroversi mengenai penyerapan doktor kontrak sebagai kakitangan tetap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat keutamaan dalam sesi perbahasan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat, pagi tadi.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) bertanya berkenaan nasib 10,500 doktor kontrak yang baru-baru ini mengadakan hartal membantah layanan KKM yang enggan mengambil mereka sebagai kakitangan tetap.


"Minta Menteri Kesihatan menyatakan berikutan kegagalan kerajaan untuk memastikan perjawatan tetap kepada doktor kontrak yang terdapat di negara ini.


"Apakah langkah kerajaan dalam menghadapi gelombang kedua hartal doktor kontrak nanti, dan halangan kepada kerajaan dalam mengambil mereka ke jawatan tetap serta berapa implikasi tambahan kewangan kementerian jika kerajaan menyetujui pengambilan mereka," katanya.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin menjawab bahawa keputusan kerajaan ialah bersetuju untuk meneruskan kontrak 10,500 kakitangan berkenaan untuk 2 tahun lagi.


Di samping itu satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji kaedah atau keperluan doktor berkenaan diserapkan ke jawatan tetap dengan meminda beberapa akta.


Bagaimanapun Anwar bangun sekali lagi kerana jawapan yang diberikan kurang lengkap.


"Menteri belum jawab soalan implikasi kewangan. Ada tak? Saya sebut implikasi kewangan," katanya.


Khairy menjawab daripada 10,500 pegawai yang tamat tempoh wajib (konrak) 4,186 pegawai telah pun dinilai dan boleh diperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk lantikan tetap dengan implikasi kewangan sebanyak RM337 juta.


Bagaimanapun, Ketua Pembangkang menekankan perlunya 10,500 doktor kontrak tersebut diserapkan sebagai kakitangan tetap memandangkan jasa dan pengorbanan mereka sewaktu Covid 19 dan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.


"Saya mengalu-alukan ada keputusan dan kesungguhan untuk pelaksanaan. Cuma saya katakan di sini seluruh perisytiharan darurat dan belanjawan adalah terkait Covid 19. Belanjawan yang kita luluskan, termasuk belanjawan khas dan tambahan Covid itu mencecah puluhan bilion ringgit.


"Kelompok ini adalah kelompok barisan hadapan, keluhan mereka berlarutan. Sebab itu kita mendesak kerajaan supaya memberikan keadilan kepada mereka. Melantik mereka secara tetap dan implikasi kewangan itu saya tidak fikir menjadi satu alasan munasabah kerana ketirisan dan kebocoran dan perbelanjaan yang tidak berfaedah masih berterusan.


"Jadi saya ingin mendapat pengesahan daripada menteri, sementara ada sedikit kemajuan untuk pelantikan tetap, saya mahu jaminan menteri bahawa jawatankuasa ini menjamin melantik 10,500 (doktor kontrak ini) secara tetap," tegasnya.


Menteri Kesihatan akhirnya berkata pendiriannya hampir sama dengan Ketua Pembangkang. Namun tidak dapat memberi penegasan kesemua kakitangan kontrak tersebut akan diserapkan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page