top of page

Wanita Kerajaan Perpaduan lancar 5 tekad bersama

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 14, 2023
  • 1 min read

ree

Wanita Kerajaan Perpaduan yang berkonvensyen hari ini melancarkan 5 tekad bersama wanita perpaduan.


Tekad Bersama Wanita Perpaduan itu diikrarkan oleh perwakilan wanita Kerajaan Perpaduan dengan dipimpin Menteri Wanita Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Nancy Shukri dan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri 1 yang juga Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

ree
Perwakilan berdiri membacakan tekad perpaduan

Tekad pertama adalah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dengan memastikan kesepakatan rakyat agar masyarakat majmuk di Malaysia menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dan sejahtera; kedua, menjadi peneraju utama dalam pembangunan komuniti masyarakat Madani.


Ketiga, melaksanakan agenda pemerkasaan wanita bagi memastikan wanita memainkan peranan dalam pertumbuhan ekonomi Negara; keempat, memastikan penglibatan sekurang kurangnya 30% wanita dalam membuat keputusan di setiap peringkat demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara dalam konteks mengupaya dan mencapai kesaksamaan; dan kelima, memastikan wanita mendapat pembelaan dan perlindungan dari aspek kebajikan, keselamatan, pendidikan, sosial dan hak asasi manusia.


Selepas tekad itu dibacakan kesemua Ketua ketua Wanita dalam Kerajaan Perpaduan menandatangani bersama Tekad Wanita Perpaduan sebagai menandakan termeteraikan kerjasama politik yang utuh di antara 20 gerakan wanita komponen Kerajaan Perpaduan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page