top of page

SPRM sahkan akaun bank Bersatu dibekukan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 1, 2023
  • 1 min read

ree

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akaun bank Bersatu telah dibekukan.


Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan pembekuan tersebut dipetik Malaysiakini.


Menurut Azam, akaun parti berkenaan dibekukan pihak berkuasa sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.


Manakala dakwa sumber yang enggan dikenali kepada portal berita tersebut, pembekuan dibuat bagi menyiasat dakwaan Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.


Sumber itu mendakwa jumlah sumbangan itu disyaki lebih RM300 juta.


Berita pembekuan terbabit menyusul selepas Bersatu mendedahkan akaunnya kepada umum semalam.


Sebelum ini Bersatu dikaitkan dengan siasatan SPRM berhubung dana rangsangan kerajaan berjumlah RM92.5 bilion semasa pandemik Covid-19 dan didakwa diselewengkan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page