top of page

Ribut di Parlimen Sungai Petani, pusat khidmat segera beri bantuan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 14, 2022
  • 1 min read

ree

ree


Ribut kepala angin yang berlaku kelmarin di Parlimen Sungai Petani menyebabkan beberapa buah rumah mengalami kerosakan.


Berikutan itu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen KEADILAN Sungai Petani di bawah Datuk Johari Abdul segera menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlinat.


"Petang semalam, Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani dimaklumkan oleh penduduk mengenai satu kejadian ribut telah berlaku di Taman Arked, Sungai Petani.


"Susulan daripada makluman tersebut, pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani turun padang meninjau serta melawat lokasi kejadian yang terjejas.


"Tiga buah rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat tragedi tersebut dan memerlukan baikpulih dengan kadar yang segera," kata kenyataan dari pusat khidmat terbabit.


Menurut kenyataan itu lagi, Dr Taufiq Johari mewakili Datuk Johari menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat untuk membantu meringankan beban melakukan kerja-kerja baikpulih rumah.



ree

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page