top of page

Jangan takut ambil vaksin Covid-19

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • May 20, 2021
  • 1 min read

ree

ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri tetap menggalakkan orang ramai supaya mengambil vaksin Covid-19.


Ini meskipun beliau baru sahaja disahkan positif, walaupun sudah menerima dua dos vaksin Pfizer-BioNTech pada bulan Mac lalu.


Katanya, walaupun vaksin bukan jaminan seseorang itu tidak akan dijangkiti lagi, ia sekurang-kurangnya berkesan untuk mengurangkan risiko dimasukkan ke hospital dan mencegah kematian.


"Jadi semua orang perlu ambil vaksin. Berdasarkan pengalaman saya, tidak ada kesan sampingan besar, saya masih boleh makan dan bercakap," katanya.


Beliau bagaimanapun meluahkan kebimbangan kepada individu yang sudah menerima vaksin namun tidak mematuhi SOP ditetapkan.


“Sepatutnya perlu terus pakai topeng muka dan elakkan kumpul beramai-ramai," katanya.


Tambahnya lagi, beliau serta isteri, ibu mentua dan dua anaknya mungkin dijangkiti dengan varian baharu Covid-19.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page