Jan 22, 20211 min

Generasi KEADILAN Malaysia Bantu Tawan Kawasan Pengkhianat

Senator Yusmadi Yusoff berikrar NGO pimpinannya Generasi KEADILAN akan membantu parti untuk menawan semula kawasan-kawasan yang dikhianati.

Beliau mengiystiharkan demikian dalam majlis Makan Malam Mantan AMK Malaysia 2020 di Shah Alam baru-baru ini.

Katanya, banyak kerusi yang dimenangi KEADILAN di Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kedah dan sebagainya hilang di tangan pengkhianat. Oleh beliau menyeru agar ditubuhkan Generasi KEADILAN Negeri, Generasi KEADILAN Cabang dan Generasi KEADILAN Ranting bagi memudahkan usaha menggembeling sokongan massa menghadapi pengkhianat.

Selain itu, beliau berkata Generasi KEADILAN juga merupakan platform untuk memberi ruang kepada tenaga-tenaga penggerak Angkatan Muda KEADILAN seperti Ketua AMK Negeri, AMK Pusat dan sebagainya yang meningkat umur 36 hingga 50an untuk memberi sumbangan tenaga dan idea membantu parti.

    0