top of page

Ahli Parlimen Pasir Gudang santuni keluarga miskin

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 30, 2020
  • 1 min read

ree

Pusat Khidmat Parlimen Pasir Gudang baru-baru ini menyantuni satu keluarga yang diperintah keluar dari rumah sewa di Bandar Seri Alam.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, keluarga terbabit buat sementara waktu telah menyewa bilik di kampung Sepakat, Masai.


"Sebaik sahaja Biro Kebajikan Pejabat Ahli Parlimen Pasir Gudang dimaklumkan sebuah keluarga miskin telah dihalau keluar dari kediaman mereka di Bandar Seri Alam, pasukan Biro Kebajikan telah segera datang membantu dengan menghulurkan sedikit sumbangan," kata Hassan dalam satu kenyataan.


Katanya, Pusat Khidmat Pasir Gudang akan mengusahakan keperluan dan bantuan seterusnya kepada keluarga berkenaan bagi meringankan bebanan mereka.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page