top of page

Wujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan, gembeleng penglibatan semua pihak



Kelemahan perlaksanaan dasar pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terpusat memerlukan satu pendekatan baharu dilaksanakan.


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik berkata, tiba masanya Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan yang menghimpunkan pelbagai pihak rentas kementerian, pertubuan dan parti politik diwujudkan bagi membantu KPM membuat keputusan yang tepat mengenai pendidikan negara.


"PH mencadangkan melalui Jawatankuasa Pendidikan, kita penubuhan Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan. Dengan jawatankuasa ini bukan hanya KPM semata-mata membuat keputusan tetapi perlu dilibatkan wakil dari PIBG, NUTP, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan lebih penting wakil pihak pembangkang untuk melakukan semak dan imbang serta wakil pendidik," katanya dalam siaran langsung Facebook bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 2 tokoh pendidik yang lain, pagi tadi.


Menurut mantan Menteri Pendidikan itu lagi, cara membuat keputusan di KPM telah mengundur ke belakang selepas setahun beliau meninggalkan potforlio itu.


Katanya, amat tidak sihat apabila keputusan penting diputuskan secara berpusat di Putrajaya, terutama dalam suasana pandemik Covid 19 sekarang yang mana pembukaan sekolah pun menjadi masalah berdasarkan zon jangkitan Covid.


"Kita lihat kebanyakan keputusan dibuat kembali ke zaman lama. Iaitu up down, seolah-olah pemusatan itu menjadi begitu kuat.


"Di Putrajaya, KPM menentukan segala-galanya bagi pendidikan walaupun kita berada di waktu yang unik (berhadapan pandemik). Sepatutnya di waktu ini pembuatan polisi harus diberikan ke (pihak) bawah, di mana botton up polisi itu penting. Tidak boleh ada pemusatan dibuat yang menghasilkan keputusan pukul rata oleh orang-orang yang berada di Putrajaya terhadap mereka di Cheruk Tok Kun, mereka di Pulau Bum Bum, Kampung Orang Asli Cameron Highlands atau di Sabah dan Sarawak.


"Bila timbul isu pendidikan, orang meletakkan bebanan kepada KPM atau KPT semata-mata. Walhal seperti mana yang saya gariskan 12 gesaan terhadap kerajaan sebelum ini, perlunya kementerian dan agensi-agensi dilibatkan. Contohnya timbul isu berkaitan capaian internet di kampung. Itu tugas Kementerian Pembangunan Luar Bandar tetapi kementerian itu kita lihat paling tidak memainkan peranannya sejak tahun lalu. Akses internet juga merupakan tugas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya.


Bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, pengabaian masyarakat luar bandar sewaktu pandemik bukan sangat diakibatkan kekurangan peranti atau akses internet semata-mata, tetapi kerana ketiadaan arahan untuk jabatan pendidikan negeri membuat keputusan berdasarkan keadaan semasa di peringkat daerah.


"Anak-anak OKU misalnya tanggungjawab Kementerian Keluarga Wanita dan Masyarakat. Tetapi pendidikan kepada OKU tidak diutamakan, padahal mereka yang paling terabai. Begitu juga anak Orang Asli, padahal Pengarah JAKOA mengatakan anak-anak Orang Asli yang paling terkesan, mereka tidak pergi ke sekolah, mereka juga tidak ada capaian internet, padahal mereka berada di kawasan hijau.


"Di Parlimen (sewaktu bersidang) wakil Sabah dan Sarawak mengatakan separuh sekolah berada di depan rumah panjang, mereka di kawasan hijau tetapi tidak boleh pergi sekolah kerana keputusan berpusat, tidak ada pengupayaan terhadap Pejabat Pendidikan Daerah dan tidak ada kesalinghubungan antara kementerian serta jabatan yang terlibat. Akhirnya segala (keputusan) pendidikan dibebankan kepada KPM semata-mata," katanya lagi.


Oleh itu, menurut Dr Maszlee, bidang pendidikan perlu diberikan lebih autonomi oleh kerajaan pusat dan beberapa keputusan penting wajar dibuat secara dari bawah ke atas dan bukan dimonopoli oleh pihak di Putrajaya sahaja.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page